PENGELOLAAN TEKNIKAL PERLAWANAN
1. Pengelolaan perlawanan Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM 2012 adalah menjadi tanggungjawab Pasukan Tuan Rumah. Oleh itu Pengarah Kejohanan sebagai Ketua Pengelola Pasukan Tuan Rumah dan lain-lain pegawai-pegawai yang dilantik oleh Pasukan Tuan Rumah untuk mengelola perlawanan tersebut hendaklah memahami sepenuhnya aspek-aspek Teknikal Perlawanan sepenuhnya dan hendaklah dilaksanakan mengikut Peraturan serta Prosedur yang telah ditetapkan.
2. PEMAKAIAN
Selaras dengan Peraturan Liga Juara Remaja KPM 2012 dengan ini, Organisasi Teknikal Perlawanan berikut bagi pengurusan, pentadbiran dan pengelolaan semua perlawanan Liga Juara Remaja adalah digunapakai.
3. PEMATUHAN
Semua Pasukan, Pegawai, Pemain dan Pegawai Pertandingan serta semua yang terlibat di dalam pengelolaan sesuatu perlawanan Liga Juara Remaja KPM hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan dan Prosedur Organisasi Teknikal Perlawanan ini seperti yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Liga Juara Remaja 2012.
Kegagalan mematuhi mana-mana perkara atau prosedur Organisasi Teknikal Perlawanan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan lanjut oleh Jawatankuasa Pertandingan.
4. ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN
4.1 Tujuan
Organisasi Teknikal Perlawanan bertujuan melancarkan dan memastikan semua aspek pengelolaan perlawanan dipatuhi dan dapat dikelolakan tanpa masalah. Ia meliputi skop yang luas dan menjadi satu kewajipan bagi semua pihak iaitu Pegawai Pengelola, Pasukan Tuan Rumah dan Pasukan Pelawat meneliti kesemua skop tugas tersebut.
4.2 Pegawai Pengurusan
Untuk menambah keberkesanan pengurusan Organisasi Teknikal Perlawanan, pihak JawatanKuasa Pengelola / Jawatankuasa Teknikal dan Pasukan Tuan Rumah.
4.2.1 Pegawai Lantikan JK Pengelola / JK Teknikal
i. AJK Pengelolaan Pertandingan
ii. AJK Keselamatan
iii. AJK Perubatan
iv. Pengarah Pertandingan
v. Pengurus Gelanggang
vi. Pengadil,Pengadil ke 3, Pegawai Teknikal
vii Pegawai Penyelaras Keselamatan
viii. Pegawai Media
xi. Sesiapa sahaja yang dilantik oleh JK Pengelola / JK Teknikal untuk tugasan dalam perlawanan.
4.2.2 Pegawai lantikan Pasukan Tuan Rumah.
i. Pengurus Pemungut Bola
ii. Pengurus Papan Mata
iii. Penyelaras Kecemasan
iv. Lain-lain pegawai yang difikirkan perlu oleh Pasukan Tuan Rumah.
4.3 Kad Akreditasi
Pegawai dipara 4.2.1 dan 4.2.2 hendaklah menggunakan kad akreditasi yang dikeluarkan JK Pengelola / JK Teknikal dan Pasukan Tuan Rumah. Pegawai-pegawai yang mempunyai Kad akreditasi boleh memasuki venue pertandingan Pegawai yang tidak mempunyai kad Liga Kad Akreditasi tidak boleh berada di dalam gelanggang dan kawasan persekitaran gelanggang / Garisan Had Penonton.
4.4 Tanggungjawab Pegawai
i. Semua pegawai di para 4.2.1 dan 4.2.2 hendaklah mahir dalam skop Organisasi Teknikal Perlawanan.
ii. Pengarah Pertandingan bertanggungjawab ke atas pengelolaan Organisasi Teknikal Perlawanan sepenuhnya.
iii. Ketua Pengadil bertanggungjawab ke atas Organisasi Teknikal Perlawanan dan menilai prestasi pengadil serta bertanggungjawab melaporkan dalam borang penilaian pengadil.
5. Skop Organisasi Teknikal Perlawanan :
Semua Pegawai Pengelola dan Pasukan Tuan Rumah hendaklah meneliti , memahami dan melaksanakan dengan sebaik-baiknya skop Organisasi Teknikal Perlawanan. Ia meliputi:
5.1 Persiapan Dan Persekitaran Gelanggang
i. Persiapan dan persekitaran gelanggang adalah tanggungjawab yang penting kepada semua Pengelola Kejohanan. Gelanggang perlawanan mestilah disiapkan SEHARI SEBELUM PERLAWANAN mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam manual pengelolaan. Jika terdapat sebarang kecacatan pada gelanggang, Pengurus Venue mesti menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama pihak Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.
5.2 Lampu
i. Dipasang sepenuhnya 30 minit sebelum pertandingan.
ii. Lampu boleh dimatikan 30 minit selepas tamat pertandingan atau sehingga semua urusan selesai.
5.3 Kelengkapan Bilik-bilik Utama:
i. Bilik persalinan.
ii. Bilik pengadil.
iii. Bilik keselamatan.
iv. Bilik perubatan
v. Bilik seketariat : lengkap dengan computer, mesin fotostat dan internet
vi. Sistem siaraya, scoreboard dan lampu limpah.
vii. Bilik kemudahan pertolongan cemas/ rawatan perubat
viii. Bilik rehat dan makan VIP / VVIP
5.4 Countdown To Playtime
i. Countdown untuk permainan yang telah ditetapkan adalah selaras bagi semua perlawanan dan bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam perlawanan. Tujuan utama ialah untuk menyelaras dan menyeragamkan pengelolaan sesuatu perlawanan terutama sekali dalam operasi sebelum perlawanan.
ii. Arahan- arahan ini bertujuan sebagai panduan bagi menyelaras tugas-tugas semua yang terlibat dalam pengelolaan perlawanan di dewan yang berlainan.
iii. Rujuk lampiran pergerakan pegawai teknikal dan pembantu.
iv. Pengarah pertandingan / penyelaras gelanggang / ketua pengadil adalah Pegawai yang bertanggungjawab memastikan countdown ini diuruskan mengikut masa yang telah ditetapkan.
5.5 Memulakan Perlawanan
Pegawai Teknikal (penjaga masa) akan memberi isyarat kepada pengadil bagi memulakan perlawanan.
5.6 Rehat Separuh Masa
i. Rehat separuh masa : 5 minit (dari wisel tamat separuh masa hingga wisel mula separuh masa seterusnya)
ii. Pengumuman melalui siaraya.
iii. Pembantu gelanggang membersihkan gelanggang sekiranya perlu.
iv. Pemain-pemain simpanan kedua-dua pasukan boleh mengadakan sesi memanaskan badan di dalam gelanggang sekiranya dibenarkan oleh Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang. Sekiranya tidak di izinkan, pemain-pemain boleh mengadakan latihan memanaskan badan di tempat lain yang lebih sesuai.
5.7 Tugas-tugas Selepas Perlawanan.
i. Selepas tiupan wisel penamat, pemain kedua-dua pasukan akan berkumpul ditengah-tengah gelanggang dan bersalam dengan pengadil,dan pegawai teknikal . Selepas itu, kumpulan pengadil dan pegawai teknikal akan meninggalkan gelanggang.
ii. Pastikan pemain kedua-dua pasukan juga bersalaman.
5.8 Laporan
i. Sebaik tamat perlawanan Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang hendaklah memastikan borang-borang dan keputusan dihantar ke urusetia pertandingan.
ii. Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang bertanggungjawab untuk memastikan kedua-dua pasukan meninggalkan gelanggang tanpa sebaran masalah / insiden.
5.9 Perintah Di Persekitaran Padang
i. Untuk memastikan prosedur perlawanan berjalan dengan lancar , hanya mereka yang mempunyai akreditasi khas dan yang mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawab yang tertentu dibenarkan berada di persekitaran gelanggang.
ii. Selain dari 10 pemain dari kedua-dua pasukan, ball pickers dan moppers , berikut adalah senarai mereka yang boleh berada di dalam persekitaran gelanggang.
A) Pegawai-pegawai pengelola
1. Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang
2. Pengadil, Pegawai Teknikal
3. Urusetia pertandingan
4. JK Pengelola Pertandingan /Teknikal
5. JK Keselamatan
6. JK Tatatertib.
7. Lain-lain pegawai lantikan JK Pengelola.
8. Pasukan
i) 2 pegawai
ii) 10 pemain
9. Venue
i) Penyelaras gelanggang
ii) Pengarah pertandingan
iii) Pegawai kecemasan
10. Wakil media.
5. 10 i. Aturcara Sebelum Perlawanan
ii. Prosedur bersalam
5.11 Bangku Simpanan / Kawasan Teknikal
i. Hanya mereka yang dibenarkan sahaja boleh duduk di atas bangku simpanan:-
a) 3 pemain simpanan dan 2 pegawai
b) Kelakuan mereka yang duduk di atas bangku simpanan mestilah
tertakluk kepada polisi ‘Fair-Play’ dan Peraturan Pertandingan.
c) Pada bila-bila masa, hanya jurualatih sahaja dibenarkan memberikan
arahan kepada pemain.
d) Pegawai-pegawai lain mesti duduk di bangku simpanan. Pemain dan
pegawai di bangku simpanan hendaklah sentiasa bertertib.
ii. Larangan
a) Merokok di bangku simpanan
b) Membantah atau sentiasa membantah keputusan pengadil
c) Provokasi kepada pegawai dan pemain pasukan lawan.
d) Membaling sebarang objek ke arah atau masuk ke dalam padang.
e) Merosakkan harta benda awam / sendiri.
5.12 Penggunaan ‘Multiple Balls ‘
i. Penggunaan ‘multiple balls’ adalah untuk meningkatkan masa permainan sebenar atau mengurangkan masa permainan yang terbuang dan juga memastikan permainan berjalan dengan lancar.
ii. Arahan-arahan adalah seperti berikut :
a) Ball pickers yang dipilih berumur 15 tahun ke atas.
b) Sekurang-kurangya 3 biji bola yang diperlukan bagi setiap perlawanan mestilah diperiksa oleh Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang / Pengadil sebelum perlawanan.
c) 2 biji bola akan diletakkan di meja teknikal.
d) Minimum 6 ball pickers akan ditempatkan di kawasan gelanggang.
e) Ball pickers berdiri di kawasan yang dihadkan.
f) Sekiranya bola permainan terkeluar jauh dari gelanggang ball picker
yang terdekal dengan meja teknikal boleh mengambil dan menggantikan bola yan g terkeluar. Selepas itu barulah ball picker yang lain berusaha mengambil bola dan meletakkan di meja teknikal.
g) Ball pickers mestilah sentiasa memberikan tumpuan yang sepenuhnya
ke atas tindakan dan kelakuan mereka .
h) Ball pickers dilarang sama sekali memasuki gelanggang atau kawasan
teknikal pada bila-bila masa.
i) Mana-mana ball pickers yang menunjukkan kelakuan kurang sopan atau cuba menyebelahi mana-mana pasukan mestilah dilaporkan kepada penyelaras gelanggang atau pengelola kejohanan. Tindakan akan diambil.
j) Semua ball pickers mestilah memakai pakaian seragam .
k) Pegawai yang bertanggungjawab haruslah berbincang dengan Penyelaras Gelanggang berhubung kedudukan dan tugas ball pickers.
l) Pegawai yang bertanggungjawab ke atas ball pickers perlulah memberi latihan yang mencukupi supaya setiap ball pickers mahir dalam tugas semasa perlawanan.
5.13 Memanaskan Badan Sebelum Dan Semasa Perlawanan.
i. Pemain dibenarkan memanaskan badan di kawasan yang telah di khaskan oleh pengelola.
ii. Hanya dua pasukan untuk perlawanan berikutnya dibenarkan menggunakan kawasan memanaskan badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan